Social Icons

Pages

Friday, 1 June 2012

Wajib Baca!! #AmanKampusKenyalang Dekati Anak Yatim...

Bakti Siswa di Di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib


Semalam Aman Kampus Kenyalang telah berkunjung ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib dan Kampung Baru Kota Samarahan untuk mendekati masyarakat sekitar.


Ustaz Nuri Hadi, pegawai agama Islam dan salah seorang 'ayah' kepada anak-anak yatim yayasan tersebut.Panggilan 'ayah' dan 'ibu' adalah panggilan khas kepada seluruh tenaga yayasan tersebut yang berjumlah 20 orang keseluruhannya




Potrait anak yatim termuda (bongsu) berumur 7 tahun. Si kecil bernama Khairul tetapi mesra dipanggil Mi'auu oleh rakan serta abang/kakak senior yang lain. Beliau bersama seorang lagi abangnya berumur 9 tahun telah dihantar ke yayasan tersebut oleh abang kandungnya yang sedang menuntut di tingkatan 6 setelah kematian kedua ibubapanya. 

Shahar Abdullah, Pengerusi Kembara Aman Kampus Kenyalang bersama Ustaz Nuri bertanyakan tentang harapan yayasan tersebut yang telah dibina semenjak tahun 1986 hingga kini tersergam indah dan mampu menempatkan sehingga 300 anak-anak yatim pada satu masa.

Mi'auu sedang menelefon saudara terdekatnya



apa yang sedang difikirkan oleh adik ini agaknya

Sekretariat Aman Kampus Kenyalang berada di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim sekitar jam 3 hingga 5 petang. Sepanjang berada di sini, mereka telah beramah mesra serta makan KFC bersama penghuni di sini petang. Ternyata ketibaan Aman Kampus Kenyalang tidak dijangka oleh penghuni di sini telah memberi sedikit kegembiraan walaupun hanya seketika.

Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib merupakan sebuah Asrama yang menempatkan Anak-anak yatim di sekitar Sarawak. Terdapat 3 buah cawangan telah ditempatkan di sekitar Sarawak bagi menampung pnghuni di negeri ini. Selain di Kuching, asrama ini juga terdapat di Miri dan Sibu bagi menempatkan anak-anak yatim sekitar Sarawak.

Ketika awal penubuhan Asrama ini, seramai 20 orang anak yatim telah ditempatkan di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib. Setakat hari ini, seramai 163 orang menetap di Asrama Anak Yatim Yayasan Laila Taib yang mampu menampung kapasiti seramai 500 orang penghuni.

Asrama ini menerima penghuni yang berusia 7 hingga 17 tahun iaitu dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5.

Program Aman Kampus Kenyalang Di Kg. Baru Kota Samarahan

Pada sebelah malamnya, Deligasi Aman Kampus Kenyalang telah ke Kampung Baru Kota Semarahan untuk mendekati masyarakat di sini.

Kampung Baru Kota Semarahan merupakan kampung kedua terbesar di bahagian Samarahan ini yang mana kepadatan penduduk hampir 5,000 orang dan rumah hampir 1,000 buah.

Pentasrama anjuran kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Sarawak telah menghiburkan penduduk di sini pada malam tadi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Surabaya Haji Leman, Timbalan Pengerusi Kg. Bari, Kota Samarahan. Seramai 500 penduduka meraikan mahasiswa/i Aman Kampus Kenyalang dalam majlis Pentasrama malam tadi.


Gambar sepanjang program di Kg. Baru Kota Samarahan





Hamdan Mohd Salleh, Pengarah Kebangsaan Belia & Sukan JMM beramah mesra dengan anak-anak Kg Baru Kota Samarahan di Dewan Serbaguna Kg Baru tersebut dalam program PENTASRAMA

Encik Surabaya Haji Leman, Timbalan Pengerusi JKKK Kg Baru Kota Samarahan 
(ber t-shirt kolar warna putih / tengah) bersama pengerusi Aman Kampus Kenyalang

artis-artis tempatan di bawah Jabatan Penerangan Negeri Sarawak yang 
turut sama menghiburkan penduduk Kg Baru Kota Samarahan.



Masyakat Kg Kota Baru Semarahan bersama mahasiswa Aman Kampus sedang 
menyaksikan persembahan Pentarama





Dapatkan maklumat terkini Aman Kampus Kenyalang di TWITER @AmanKampus, HASHTAG #AmanKampusKenyalang 

Dipetik dari : Harapan Esok

No comments:

Post a Comment