Social Icons

Pages

Thursday, 5 July 2012

PESERTA #AMANKAMPUSDIBAWAHBAYU MERUSUH KE TEMPAT INI


Dalam kembara AMAN KAMPUS DI BAWAH BAYU ini, anda akan dapat membayangkan jarak dari satu “check point” ke “check point” yang lain adalah beratus kilometer jauhnya.


Contohnya, dari Sipitang ke Tenom atau Tenom ke Tawau. Atau juga Tawau ke Keningau dan seterusnya Semporna dan Sandakan.




Menjelajah negeri yang besar bersama konvoi yang juga besar (bayangkan 4 buah bas serta 10 kenderaan ringan dan semi-ringan seperti 4WD) untuk mengangkut hampir 130 orang urusetia dan peserta akan menyebabkan setiap satu darinya akan mengidamkan tempat “INI”. 

Apatah lagi jika menggunakan jalan "balak" Kalabakan yang merintasi kawasan hutan dan hanya boleh dilalui oleh lori atau kenderaan 4WD sahaja.




Benar!

“INI” lah tempat yang sering menjadi rebutan peserta serta juga urusetia AMAN KAMPUS DI BAWAH BAYU.

Setuju?

Bayangkan pula jika hanya ada SATU SAHAJA tempat di atas dalam satu-satu masa…





Jadi, maafkan sahaja jika ada yang terpaksa bertindak “begini” !





Dalam keadaan darurat, diharuskan begitu asal sahaja beristinjak.

TABIK kepada peserta dan urusetia AMAN KAMPUS DI BAWAH BAYU yang dapat mengharungi cabaran mental dan fizikal ini.

Jadi, apakah kisahnya perjalanan yang penuh mencabar mengharungi hutan Kalabakan? Kita nantikan "entry" istimewa nanti.

TUNGGUUUUUU!!!


Catatan: GH / Sandakan / 050712 / 2200hrs

1 comment:

  1. proud la dgn aman kampus , sanggup masuk pendalaman

    ReplyDelete