Social Icons

Pages

Friday 29 June 2012

[Video] : Respon masyarakat sekitar Pasar Kraftangan terhadap kerajaan @NajibRazak @shafieapdal @AmanKampus @tunfaisal #AmanKampusDiBawahBayu #AspirasiMahasiswa


Sidang Media Aman Kampus Di Bawah Bayu

Kota Kinabalu,29 Jun 2012 - Satu sidang media telah diadakan disini bertempat di Bilik Seminar 2,Bangunan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Antara media yang hadir ialah RTM,Berita Harian,Kosmo,Harian Metro,New Sabah Times,Asia Times,Kosmo,Utusan,Utusan Borneo dan See Hua Nang News.

"Press Release"

Aman Kampus Di Bawah Bayu (AKDBB) kali ini meneruskan kesinambungan Aman Kampus fasa kedua dan fasa Kenyalang dimana setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan sebelas daerah di Sarawak telah dijelajahi dengan tujuan menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa Malaysia

Gagasan Aman Kampus diselaraskan gerak kerjanya oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) dan dibantu serta disokong oleh lebih 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Aman Kampus fasa pertama berlangsung selama 14 hari pada Februari lalu,mmebawa mahasiswa dan 19 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mendukung aspirasi gagasan Aman Kampus menjelajah ke 12 buab negeri manakala fasa kedua pula berlangsung selama 2 bulan,iaitu pada bukab Mac dan April yang membawa mahasiswa dan 21 NGO ke universiti-universiti bagi mendekati golongan anak muda Malaysia

Pelbagai jenis program disusun sepanjang perjalanan kedua-dua fasa tersebut.Antaranya Info Siswa,Siswa Prihatin,Siswa Prihatin,Siswa Taqwa,Siswa Cergas,Pentss Anak Muda,Damping Kampus,Siswa Budaya dan Ikon Siswa

Untuk fasa AKDBB yang bertemakan 'Anak Muda Turun Berbakti' membariskan 70 orang mahasiswa dan urusetia dafi sememanjung Malaysia untuk turut bersama 60 penuntut di universiti-universiti sekitar Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS),Universiti Teknologi Mara (UiTM),Kolej Yayasan Sabah (KYS),Politeknik Sabah danlain lain institusi pengajian tinggi menjelajah seluruh Sabah melalui daerah Kota Kinabalu-Beufort-Labuan-Sipitang-Tenom-Keningau-Tawau-Semporna-Sandakan-Ranau-Kota Belud-Tuaran

Turut serta dalam AKDBB adalan NGO-NGO dari Semenanjung Malaysia dan Sabah di daerah- daerah.Perjalanan AKDBB mengambil masa yang bermula 27 Jun hingga 9 Julai 2012.

Antara objektif Aman Kampus Di Bawah Bayu adalah :

1. Memberikan ruang dan peluang kepada anak muda untuk turun berbakti dalam menyuntik kefahaman terhadap kepentingan pendidikan dan kejelasan struktur sosial kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman

2. Memperkasakan budaya kebersamaan dalam menjalinkan semangat muhibah di antara anak muda di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak dalam menyampaikan mutlak 1Malaysia

3. Menyediakan platform kepada anak muda dalam menyelami pemikiran,merasai denyut nadi serta mendengar suara hati mesyarakat yang selalunya mempunyai kepercayaan anak muda mampu bertindak sebagai perantara masyarakat dengan pemimpin negara.

Dalam sidang media ini juga,Pengerusi Gagasan Aman Kampus,Saudara Shahar Abdullah turut mengulas mengenai kelab We Love PM yang baru sahaja dirasmikan pada malam penghargaan Aman Kampus yang berlangsung 3 minggu yang lepas."Setakat ini,kita berjaya mengumpulkan 9500 orang.3286 orang daripadanya mendaftar di Sarawak dan majoritinya daripada kaum Cina.


Thursday 28 June 2012

[FOTO] : Terkini!Sekitar Info Siswa di Pasar Kraftangan cc @AmanKampus @NajibRazak @TunFaisal @AspirasiMahasiswa #AmanKampusDiBawahBayu #AspirasiMahasiswa

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Santai : Jom layan lagu antara yang popular di Sabah

Bersama Penolong Pengarah Biro TataNegara Sabah #AmanKampusDiBawahBayu #AspirasiMahasiswa @NajibRazak @TunFaisal

Slot petang ini diserikan dengan kehadiran Penolong Pengarah Biro TataNegara (BTN),Encik Asmarah Bin Rikun.Dalam slot ini,beliau banyak bercerita tentang latar belakang Sabah.

Dalam slot ini juga,beliau turut memberi informasi yang berguna antaranya etnik-etnik di Sabah,adat istiadat serta pelbagai lagi informasi yang berguna untuk dijadikan panduan yang berguna kepada peserta Aman Kampus Di Bawah Bayu yang bakal bertemu dengan masyarakat Sabah sepanjang berlangsungnya jelajah ini.Antara perkara yang ditekankan di dalam slot ini ialah masalah komunikasi yang mungkin akan berlaku semasa bertemu dengan beberapa kelompok masyarakat.

Beliau juga turut memberikan motivasi kepada para peserta serta menceritakan pengalamannya semasa menuntut di menara gading dahulu yang sudah pastinya memberi input yang berguna kepada para peserta.Dalam ucapannya juga,beliau turut memuji para peserta Aman Kampus yang sanggup turun bertemu masyarakat dan mengorbankan masa cuti bagi menjayakan misi Aman Kampus.

Dalam sesi soal jawab,beliau juga banyak menjawab soalan daripada para peserta dan memperbetulkan persepsi yang mungkin bermain di minda para peserta yang belum pernah menjejakkan kaki di negeri Sabah.Rata-rata peserta berpuas hati dengan segala informasi dan persoalan yang telah dijawab oleh En Asmarah dan berharap agar ianya berguna sepanjang jelajah berlangsung.

Petang ini akan berlangsung Info Siswa di Pasar Philipine/Pasar Kraftangan.Anda boleh mengikuti perjalanan jelajah ini di facebook rasmi Aman Kampus serta twitter @AmanKampus dan hashtag #AmanKampusDiBawahBayu bagi mendapatkan informasi mengenai setiap aktiviti yang dijalankan.


Sesi Latihan Dalam Kumpulan @AmanKampus Di Bawah Bayu cc @NajibRazak @AspirasiMahasiswa @TunFaisal

Sesi pemantapan diri perserta Aman Kampus diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka bagi menempuh cabaran serta dugaan yang mungkin bakal ditempuh selama lebih 10 hari di bumi Sabah.

Dalam LDK ini,para peserta dilatih dengan lebih terperinci cara-cara berkomunikasi dengan masyarakat dalam konteks jelajah Aman Kampus.Bagi peserta yang baru menyertai jelajah ini,mereka diajar lagu Aspirasi dan 1Malaysia dengan bantuan para fasilitator serta peserta yang pernah menyertai jelajah sebelum ini.

Disamping itu slot 'ice breaking' juga diselitkan bagi mengukuhkan ukhwah dalam kalangan ahli.Kerjasama yang diberikan adalah sangat baik dan para peserta juga terhibur dengan aktiviti yang dijalankan.Sekian sahaja langsung dari Universiti Malaysia Sabah.Anda juga boleh mengikuti perjalanan jelajah ini di facebook Aman Kampus dan twitter rasmi kami @AmanKampus


@AmanKampus kembali.Kini di Negeri Dibawah Bayu! cc @NajibRazak @KhaledNordin @TunFaisal #AmanKampus


Aman Kampus Kenyalang baru sahaja melabuhkan tirai beberapa minggu yang lepas.Kini Aman Kampus kembali menggegar.Kali ini kami berada di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah.

Masih mengekalkan blog yang sama untuk menunjukkan catatan perjalanan sejak Aman Kampus Kenyalang sehingga Aman Kampus Di Bawah Bayu.Bertemakan "Anak Muda Turun Berbakti" sebagai petanda yang jelas bahawa anak muda pada hari ini bersedia dikerah tenaganya bagi mendekatkan diri kepada masyarakat.Aman Kampus Di Bawah Bayu ini disertai oleh mahasiswa/i anak jati Sabah yang menuntut ilmu di seberang laut iaitu di Semenanjung Malaysia juga anak Sabah yang belajar disini.Walaubagaimanapun,mahasiswa/i daripada semenanjung turut datang untuk menunjukkan sokongan kepada program murni ini sesuai dengan tema serta semangat berganding bahu antara pelbagai etnik di negara ini bagi mendukung hasrat kerajaan yang membawa agenda 1Malaysia.

Masih mengekalkan objektif yang sama iaitu menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa/i pada hari ini cintakan keamanan negara,sayangkan universiti serta sayangkan masyarakat.Justeru pelbagai program dirangkan bagi memenuhi hasrat murni ini.Aman Kampus Di Bawah Bayu akan berada di lebih sepuluh lokasi di negeri Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan bermula 28 Jun hingga 10 Julai 2012

Diharap jelajah Aman Kampus Di Bawah Bayu ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.kami berbangga dapat menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu ini yang terkenal dengan alam semulajadinya serta gugusan pulau yang indah.Nantikan catatan perjalanan kami sepanjang jelajah ini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Aman Kampus!


Wednesday 13 June 2012

Perlukan Pembelaan @NajibRazak


SARAWAK: 150 TAHUN NANTI KEMUDAHAN ASAS @NajibRazak


Haji Sabtu (Ketua Kampung dari tahun 1970-kini)

Pada 4 Jun 2012, Pemikir telah membuat lawatan kerja terakhir di sebuah kampung yang 100% diduduki oleh kaum Kedayan yang beragama Islam. Kampung Hulu Nyalau ini terletak di kawasan terakhir dalam Parlimen 217 Bintulu, yang memerlukan masa selama 1 jam 30 minit untuk ke kampung ini yang menghala ke Miri daripada bandar Bintulu. Sewaktu sampai di kampung ini, Pemikir telah disambut oleh penduduk kampung yang berada di dewan Pedayan yang majoritinya bekerja sebagai petani.







Makluat awal yang diperolehi, kampung ini telah berusia lebih daripada 150 tahun. Penduduk kampung ini dianggarkan seramai 400 orang lebih. Kampung Hulu Nayalau ini terletak di bawah N59 Kiduring yang dimenangi oleh calon DAP Chiew Chiu Sing dengan majoriti 6930 undi menewaskan calon BN Ling Kuong Meng. Namun apa yang membuatkan Pemikir bersedih apabila mengetahui penduduk menggunakan air sungai dan air hujan untuk bekalan air selama kampung ini dibina, namun 3 bulan kebelakangan ini, bekalan air bersih telah dapat disalurkan kepada masyarakat kampung Hulu Nayalau ini.










Penduduk kampung Hulu Nayalau masih lagi menggunakan generator untuk bekalan elektrik dan terpaksa membeli DIESEL setiap hari untuk generator. Di manakah kemudahan asas terhadap penduduk kampung yang telah menetap di sini sejak sebeleum kemerdekaan dan hampir 150 tahun kampung ini bertapak? Pemikir juga dimaklumkan bahawa jalanraya telah disiapkan pada tahun 2005 yang menghubungkan antara bandar Bintulu-Hulu Nyalay-Miri, namun apa yang Pemikir perhatikan di kiri kanan jalan untuk ke Hulu Nyalau penuh dengan kebun kelapa sawit dan salah satu sebab jalanraya dibina menghubungkan 3 kawasan ini adalah untuk memudahkan kelapa sawit diangkut.






Ini adalah gelanggang futsal yang baharu sahaja disiapkan pada bulan Mei 2012, namun masih lagi belum dapat kelulusan untuk digunakan oleh penduduk kampung Hulu Nyalau





Kawasan belakang Dewan Pedayan yang terletaknya generator untuk bekalan elektrik dewan






Dewan Pedayan ini dibina sendiri oleh penduduk kampung secara bergotong royong





Generator untuk bekalan elektrik dewan





Tandas dewan yang daif untuk kegunaan pengunjung dan penduduk kampung



Pemikir Politik: Pembangunan masih lagi diperlukan di Sarawak, dan yang paling penting kemudahan asas untuk keselesaan rakyat!!





Monday 11 June 2012

@AmanKampus: #AmanKampusKenyalang meriahkan Gawai Eve!


MAKAN BESAR

Hari Gawai Dayak merupakan perayaan terbesar di Sarawak dinikmati oleh terutamanya kaum Iban yang menjadi komuniti terbesar di Sarawak. Team Aman Kampus Kenyalang amat bertuah dapat menghadirkan diri di Rumah Panjang Ngaluang bersama-sama dengan masyarakat di sini menjelang malam perayaan tersebut. Ternyata sekali, begitu ramai anak perantauan rumah tersebut yang pulang bagi merayakan Hari Gawai berikutan dengan cuti umum selama 3 hari yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya.

Rumah Panjang Ngaluang dihiasi dengan begitu cantik sekali sesuai dengan sambutan Hari Gawai dan ianya menjadi lebih cantik bagi menyambut kedatangan 'anak-anak angkat ' baru Rumah Panjang Ngaluang iaitu peserta Aman Kampus Kenyalang. Menjelang pukul 8 malam, setiap keluarga angkat mula mengangkat hidangan masakan istimewa yang diletakkan di hadapan anjung utama (raung seperti balkoni panjang) bilik masing-masing. Pada masa yang sama, ketua-ketua bilik mula berkumpul memanjang di hadapan bilik masing-masing bersama ahli keluarga mereka.

Dengan mengambil semangat 1Malaysia, keluarga-keluarga angkat yang memahami bahawa 'anak-anak' angkat mereka ramai terdiri daripada penganut Agama Islam, mereka dengan besar hati dan tidak kisah apabila pengurusan Aman Kampus telah menyediakan makanan sendiri yang dibungkus di dalam bungkusan polestrin, asalkan 'anak-anak' angkat mereka kenyang dan tidak kelaparan. Itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh setiap keluarga di Rumah Panjang Ngaluang kepada team Aman Kampus Kenyalang.

Begitu pun tidak dapat menyediakan makanan sendiri kepada team Aman Kampus, ini tidak menghalang untuk setiap keluarga ini menyediakan makanan ringan seperti kacang, kuih baulu, asam, kek batik dan lain-lain juadah yang dibeli dikedai. Menu makanan ringan di sini tidak jauh bezanya dengan seperti mana sambutan Hari Raya Aidilfitri di semenanjung. Makan besar keluarga ini juga tidak diubah seperti makan besar kaum Cina sekaligus membuktikan meyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka dan sekali lagi terbukti inspirasi semangat 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato Seri Najib itu disambut dan dipraktikkan oleh rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negeri.

Suasana menjelang malam Hari Gawai. Bermula dengan makan besar. 













'Pengerusi Bersekutu Aman Kampus Kenyalang selesai makan bersama keluarga dan menantikan acara "ngaptara" dijalankan.' 
NGAPTARA

Ngaptara adalah salah saut acara tradisi yang diamalkan oleh kaum Iban menjelang Malam Hari Gawai. Tuai Rumah bersama sekumpulan pemain muzik akan mula berpusing sekitar anjung utama rumah panjang dan pergi dari satu bilik ke satu bilik bagi menjemput wakil bilik (kebiasaannya adalah ketua bilik untuk menyertai perarakan barisan rumah panjang. Ketua bilik dan ahli keluarga akan mula mengikut tawaf tersebut yang akan dilakukan sebanyak 7 pusingan.

Sepanjang-panjang "ngaptara", wakil rumah (kebiasaannya si isteri dan anak perempuan) akan menuangkan air tuak ke dalam gelas dan dihulurkan kepada barisan "ngaptara". Setelah selesai 7 pusingan, maka "ngaptara" akan berhenti dan masing-masing akan duduk memanjang di tepi dinding anjung rumah panjang.














AMAN KAMPUS BERSAMA ATM

Dalam siri-siri jelajah Aman Kampus sebelum ini, PDRM sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik mengiringi konvoi Aman Kampus untuk memberikan perjalanan yang baik sepanjang beribu km. Namun kali ini, satu lagi cabang keselematan negara turut bekerjasama dengan AMan Kampus iaitu Angkatan Tentera Malaysia.

Kerana motto dan kempen yang dibawa oleh Aman Kampus supayakan CINTAKAN KEAMANAN (tak macam Adam Adli, ATM turut serta untuk bekerjasama dengan AmanKampus tuerutamanya dalam menediakan makanan halal yang susah diperolehi sepanjang kembara ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyokong masakan chef mereka di Rumah Panjang Gundak dan di rumah panjang Keli di Sarikei, Sarawak. Begitu juga sewaktu di Rumah Panjang George Chungut yang menyaksikan YAB Perdana Menteri turun bagi meraikan Hari Gawai. ATM dan PDRM membantu menyediakan makanan halal kepada peserta Aman Kampus dan pengunjung yang beragama Islam termasuklah YAB Perdana Menteri sendiri.


















Logo MINDEF antara logo yang tertera pada banner Aman Kampus Kenyalang sebagai pihak yang bekerjasama dengan Aman Kampus Kenyalang. 
YB Dato Dr Latif, Timb Menteri Pertahanan Malaysia sewaktu di Lapangan Terbang Udara TUDM, Subang.



Jangan lupa untuk melawat blog rasmi Jelajah Aman Kampus- Anak Sarawak Pulang Berbakti untuk liputan penuh. Untuk pengetahuan pembaca, semalam merupakan hari terakhir mereka di sana dan apa yang telah disampaikan kepada penulis, team AmanKampus telah selamat sampai di Semenanjung dan telah pulang ke universiti masing-masing. Dari meja penulis, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan masa yang dilakukan dan semoga maju jaya dalam menghadapi peperiksaan kelak. Tahniah diucapkan!

p/s- Comel sungguh gadis berbaju merah, bertudung hitam yang bergambar dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan tu..hehe..elok la tu, muka cantik, peribadi pon sopan..jangan jadi sesetengah orang tu, nampak sopan tapi kurang ajar, cakap lebih kurang dengan pengetua pon ada...hehe..apa nak diherankan, pergi demo pon boleh joget-joget,jerit-jerit sampai keluar anak tekak...uish..uish...suara tu aurat dek non oi...siapa lah ye orang tu....


Wednesday 6 June 2012

Khas Dari #AmanKampusKenyalang , Terima Kasih MINDEF!!


Terima Kasih Pahlawan Negara..

Perwira negara bersama peserta Aman Kampus bergambar bersama...
Sekarang ini sedang berlangsungnya Misi Aman Kampus Kenyalang Fasa 3 ke seluruh pelusuk negeri Sarawak. 

Aman Kampus, siapa yang tak tahukan..sebuah program anjuran Alumni ASPIRASI SeMalaysia. Aku pun pernah join program Aman Kampus siri 1 dan 2..Matlamatnya sangat jelas iaitu ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa di Malaysia ini mahukan keamanan di Kampus dan cintakan kepada negara..

Aku nak ambil kesempatan ini mengucapkan jutaaan terima kasih kepada PDRM yang telah memberi kerjasama yang amat baik bagi memastikan perjalanan konvoi Aman Kampus Fasa 1 dan 2 berjalan lancar. Malah, aku jga dimaklumkan Fasa 3 Aman Kampus Kenyalang ini turut mendapat kerjasama dari PDRM dan Kementerian Pertahanan Malaysia. 

Kerjasama daripada Kementerian ini dijalinkan atas satu matlamat iaitu Cintakan Keamanan..


bukan macam pro mahasewel...kerana mereka Polis Susah...PM dan Menteri KPT dihina..'Makal Sakti' tengkorak korang...pro mahasewel seperti ini memang tak perlu dijadikan tauladan..kalau sempadan tu OK...bukan nak fitnah mereka..tapi inilah realtinya..berdemonstrasi hantar batu nisan, berarak sambil kata hancurkan Perdana Menteri..WTF?

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersetuju bekerjasama dalam misi Keamanan Aman Kampus ini dalam membekalkan makan yang halal sepanjang kembara ini berlangsung. Para peserta Aman Kampus merasa sedikit bertuah apabila dapat merasa air tangan Chef dari ATM sewaktu di RP Gundak dan RP Keli di Sarikei, Sarawak. Aku tak tahulah kalau tanpa kerjasama ATM ni..budak2 aman kampus ni nak makan apa agaknya..badan dah la penat...bekalan bahan mentah bukannya mereka bawa...

Semasa kunjungan YAB Perdana Menteri di RP George Chungut untu meraikan Hari Gawai, ATM dan PGAm turut menyumbang bakti menyediakan makanan Halal kepada semua tetamu yang hadir..

YB Dato Dr Latif, Timb Menteri Pertahanan Malaysia sewaktu 
di Lapangan Terbang Udara TUDM, Subang
Pengerusi Bersekutu Aman Kampus Kenyalang di dalam
pesawat tentera yang membawa bekalan berupa baju, buku
dan badge untuk diberikan kepada masyarakat Iban sepanjang kembara nanti.

Logo MINDEF antara logo yang tertera pada banner Aman Kampus Kenyalang
sebagai pihak yang bekerjasama dengan Aman Kampus Kenyalang.