Slot petang ini diserikan dengan kehadiran Penolong Pengarah Biro TataNegara (BTN),Encik Asmarah Bin Rikun.Dalam slot ini,beliau banyak bercerita tentang latar belakang Sabah.
Dalam slot ini juga,beliau turut memberi informasi yang berguna antaranya etnik-etnik di Sabah,adat istiadat serta pelbagai lagi informasi yang berguna untuk dijadikan panduan yang berguna kepada peserta Aman Kampus Di Bawah Bayu yang bakal bertemu dengan masyarakat Sabah sepanjang berlangsungnya jelajah ini.Antara perkara yang ditekankan di dalam slot ini ialah masalah komunikasi yang mungkin akan berlaku semasa bertemu dengan beberapa kelompok masyarakat.
Beliau juga turut memberikan motivasi kepada para peserta serta menceritakan pengalamannya semasa menuntut di menara gading dahulu yang sudah pastinya memberi input yang berguna kepada para peserta.Dalam ucapannya juga,beliau turut memuji para peserta Aman Kampus yang sanggup turun bertemu masyarakat dan mengorbankan masa cuti bagi menjayakan misi Aman Kampus.
Dalam sesi soal jawab,beliau juga banyak menjawab soalan daripada para peserta dan memperbetulkan persepsi yang mungkin bermain di minda para peserta yang belum pernah menjejakkan kaki di negeri Sabah.Rata-rata peserta berpuas hati dengan segala informasi dan persoalan yang telah dijawab oleh En Asmarah dan berharap agar ianya berguna sepanjang jelajah berlangsung.
Petang ini akan berlangsung Info Siswa di Pasar Philipine/Pasar Kraftangan.Anda boleh mengikuti perjalanan jelajah ini di facebook rasmi Aman Kampus serta twitter @AmanKampus dan hashtag #AmanKampusDiBawahBayu bagi mendapatkan informasi mengenai setiap aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment