Social Icons

Pages

Thursday 28 June 2012

@AmanKampus kembali.Kini di Negeri Dibawah Bayu! cc @NajibRazak @KhaledNordin @TunFaisal #AmanKampus


Aman Kampus Kenyalang baru sahaja melabuhkan tirai beberapa minggu yang lepas.Kini Aman Kampus kembali menggegar.Kali ini kami berada di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah.

Masih mengekalkan blog yang sama untuk menunjukkan catatan perjalanan sejak Aman Kampus Kenyalang sehingga Aman Kampus Di Bawah Bayu.Bertemakan "Anak Muda Turun Berbakti" sebagai petanda yang jelas bahawa anak muda pada hari ini bersedia dikerah tenaganya bagi mendekatkan diri kepada masyarakat.Aman Kampus Di Bawah Bayu ini disertai oleh mahasiswa/i anak jati Sabah yang menuntut ilmu di seberang laut iaitu di Semenanjung Malaysia juga anak Sabah yang belajar disini.Walaubagaimanapun,mahasiswa/i daripada semenanjung turut datang untuk menunjukkan sokongan kepada program murni ini sesuai dengan tema serta semangat berganding bahu antara pelbagai etnik di negara ini bagi mendukung hasrat kerajaan yang membawa agenda 1Malaysia.

Masih mengekalkan objektif yang sama iaitu menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa/i pada hari ini cintakan keamanan negara,sayangkan universiti serta sayangkan masyarakat.Justeru pelbagai program dirangkan bagi memenuhi hasrat murni ini.Aman Kampus Di Bawah Bayu akan berada di lebih sepuluh lokasi di negeri Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan bermula 28 Jun hingga 10 Julai 2012

Diharap jelajah Aman Kampus Di Bawah Bayu ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.kami berbangga dapat menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu ini yang terkenal dengan alam semulajadinya serta gugusan pulau yang indah.Nantikan catatan perjalanan kami sepanjang jelajah ini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Aman Kampus!


No comments:

Post a Comment