Social Icons

Pages

Friday, 29 June 2012

Sidang Media Aman Kampus Di Bawah Bayu

Kota Kinabalu,29 Jun 2012 - Satu sidang media telah diadakan disini bertempat di Bilik Seminar 2,Bangunan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Antara media yang hadir ialah RTM,Berita Harian,Kosmo,Harian Metro,New Sabah Times,Asia Times,Kosmo,Utusan,Utusan Borneo dan See Hua Nang News.

"Press Release"

Aman Kampus Di Bawah Bayu (AKDBB) kali ini meneruskan kesinambungan Aman Kampus fasa kedua dan fasa Kenyalang dimana setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan sebelas daerah di Sarawak telah dijelajahi dengan tujuan menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa Malaysia

Gagasan Aman Kampus diselaraskan gerak kerjanya oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) dan dibantu serta disokong oleh lebih 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Aman Kampus fasa pertama berlangsung selama 14 hari pada Februari lalu,mmebawa mahasiswa dan 19 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mendukung aspirasi gagasan Aman Kampus menjelajah ke 12 buab negeri manakala fasa kedua pula berlangsung selama 2 bulan,iaitu pada bukab Mac dan April yang membawa mahasiswa dan 21 NGO ke universiti-universiti bagi mendekati golongan anak muda Malaysia

Pelbagai jenis program disusun sepanjang perjalanan kedua-dua fasa tersebut.Antaranya Info Siswa,Siswa Prihatin,Siswa Prihatin,Siswa Taqwa,Siswa Cergas,Pentss Anak Muda,Damping Kampus,Siswa Budaya dan Ikon Siswa

Untuk fasa AKDBB yang bertemakan 'Anak Muda Turun Berbakti' membariskan 70 orang mahasiswa dan urusetia dafi sememanjung Malaysia untuk turut bersama 60 penuntut di universiti-universiti sekitar Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS),Universiti Teknologi Mara (UiTM),Kolej Yayasan Sabah (KYS),Politeknik Sabah danlain lain institusi pengajian tinggi menjelajah seluruh Sabah melalui daerah Kota Kinabalu-Beufort-Labuan-Sipitang-Tenom-Keningau-Tawau-Semporna-Sandakan-Ranau-Kota Belud-Tuaran

Turut serta dalam AKDBB adalan NGO-NGO dari Semenanjung Malaysia dan Sabah di daerah- daerah.Perjalanan AKDBB mengambil masa yang bermula 27 Jun hingga 9 Julai 2012.

Antara objektif Aman Kampus Di Bawah Bayu adalah :

1. Memberikan ruang dan peluang kepada anak muda untuk turun berbakti dalam menyuntik kefahaman terhadap kepentingan pendidikan dan kejelasan struktur sosial kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman

2. Memperkasakan budaya kebersamaan dalam menjalinkan semangat muhibah di antara anak muda di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak dalam menyampaikan mutlak 1Malaysia

3. Menyediakan platform kepada anak muda dalam menyelami pemikiran,merasai denyut nadi serta mendengar suara hati mesyarakat yang selalunya mempunyai kepercayaan anak muda mampu bertindak sebagai perantara masyarakat dengan pemimpin negara.

Dalam sidang media ini juga,Pengerusi Gagasan Aman Kampus,Saudara Shahar Abdullah turut mengulas mengenai kelab We Love PM yang baru sahaja dirasmikan pada malam penghargaan Aman Kampus yang berlangsung 3 minggu yang lepas."Setakat ini,kita berjaya mengumpulkan 9500 orang.3286 orang daripadanya mendaftar di Sarawak dan majoritinya daripada kaum Cina.


No comments:

Post a Comment