Social Icons

Pages

Wednesday 13 June 2012

Perlukan Pembelaan @NajibRazak


SARAWAK: 150 TAHUN NANTI KEMUDAHAN ASAS @NajibRazak


Haji Sabtu (Ketua Kampung dari tahun 1970-kini)

Pada 4 Jun 2012, Pemikir telah membuat lawatan kerja terakhir di sebuah kampung yang 100% diduduki oleh kaum Kedayan yang beragama Islam. Kampung Hulu Nyalau ini terletak di kawasan terakhir dalam Parlimen 217 Bintulu, yang memerlukan masa selama 1 jam 30 minit untuk ke kampung ini yang menghala ke Miri daripada bandar Bintulu. Sewaktu sampai di kampung ini, Pemikir telah disambut oleh penduduk kampung yang berada di dewan Pedayan yang majoritinya bekerja sebagai petani.







Makluat awal yang diperolehi, kampung ini telah berusia lebih daripada 150 tahun. Penduduk kampung ini dianggarkan seramai 400 orang lebih. Kampung Hulu Nayalau ini terletak di bawah N59 Kiduring yang dimenangi oleh calon DAP Chiew Chiu Sing dengan majoriti 6930 undi menewaskan calon BN Ling Kuong Meng. Namun apa yang membuatkan Pemikir bersedih apabila mengetahui penduduk menggunakan air sungai dan air hujan untuk bekalan air selama kampung ini dibina, namun 3 bulan kebelakangan ini, bekalan air bersih telah dapat disalurkan kepada masyarakat kampung Hulu Nayalau ini.










Penduduk kampung Hulu Nayalau masih lagi menggunakan generator untuk bekalan elektrik dan terpaksa membeli DIESEL setiap hari untuk generator. Di manakah kemudahan asas terhadap penduduk kampung yang telah menetap di sini sejak sebeleum kemerdekaan dan hampir 150 tahun kampung ini bertapak? Pemikir juga dimaklumkan bahawa jalanraya telah disiapkan pada tahun 2005 yang menghubungkan antara bandar Bintulu-Hulu Nyalay-Miri, namun apa yang Pemikir perhatikan di kiri kanan jalan untuk ke Hulu Nyalau penuh dengan kebun kelapa sawit dan salah satu sebab jalanraya dibina menghubungkan 3 kawasan ini adalah untuk memudahkan kelapa sawit diangkut.






Ini adalah gelanggang futsal yang baharu sahaja disiapkan pada bulan Mei 2012, namun masih lagi belum dapat kelulusan untuk digunakan oleh penduduk kampung Hulu Nyalau





Kawasan belakang Dewan Pedayan yang terletaknya generator untuk bekalan elektrik dewan






Dewan Pedayan ini dibina sendiri oleh penduduk kampung secara bergotong royong





Generator untuk bekalan elektrik dewan





Tandas dewan yang daif untuk kegunaan pengunjung dan penduduk kampung



Pemikir Politik: Pembangunan masih lagi diperlukan di Sarawak, dan yang paling penting kemudahan asas untuk keselesaan rakyat!!





No comments:

Post a Comment