Social Icons

Pages

Thursday 28 June 2012

Sesi Latihan Dalam Kumpulan @AmanKampus Di Bawah Bayu cc @NajibRazak @AspirasiMahasiswa @TunFaisal

Sesi pemantapan diri perserta Aman Kampus diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka bagi menempuh cabaran serta dugaan yang mungkin bakal ditempuh selama lebih 10 hari di bumi Sabah.

Dalam LDK ini,para peserta dilatih dengan lebih terperinci cara-cara berkomunikasi dengan masyarakat dalam konteks jelajah Aman Kampus.Bagi peserta yang baru menyertai jelajah ini,mereka diajar lagu Aspirasi dan 1Malaysia dengan bantuan para fasilitator serta peserta yang pernah menyertai jelajah sebelum ini.

Disamping itu slot 'ice breaking' juga diselitkan bagi mengukuhkan ukhwah dalam kalangan ahli.Kerjasama yang diberikan adalah sangat baik dan para peserta juga terhibur dengan aktiviti yang dijalankan.Sekian sahaja langsung dari Universiti Malaysia Sabah.Anda juga boleh mengikuti perjalanan jelajah ini di facebook Aman Kampus dan twitter rasmi kami @AmanKampus


No comments:

Post a Comment