Menginsafi bahawa perayaan Gawai Dayak merupakan hari perayaan terbesar bagi kedua-dua negeri tersebut, YAB Perdana Menteri telah melapangkan masanya untuk hadir dan turut sama meraikannya di sini (Sarawak) pada 3hb Jun yang lalu.
Sama ada suratan mahu pun kebetulan, antara destinasi Aman Kampus Kenyalang adalah Rumah Panjang (RH) George Anak Chungut, Nanga Nangsan, Pakan. Dan inilah juga destinasi yang dipilih oleh YAB Perdana Menteri selain 3 tempat yang lain.
Sambutan yang diberikan oleh kaum Iban di RH George ini amat memberangsangkan.
Tidak kurang dari 3,000 orang berbagai bangsa dan peringkat umur hadir di rumah ini termasuklah para peserta Aman Kampus Kenyalang.
Ucapan penuh YAB Perdana Menteri akan kami muat-turun dalam blog ini sedikit masa lagi. Ini kerana masalah talian internet yang agak susah diperolehi sepanjang kembara ini.
FOTO-FOTO sepanjang kehadiran PM di Pakan :
p/s: rasa macam tak nak balik semenanjung pun ada :)
No comments:
Post a Comment