Saya bersetuju untuk mengikuti jelajah Aman Kampus Siri 3. Ini merupakan kali kedua saya menyertai kembara ini setelah siri 1 dalam bulan Mac yang lalu.
Kali ini destinasinya adalah negeri burung kenyalang, Sarawak. Demikian itu kembara ini dinamakan "Aman Kampus Kenyalang".
Saya sedar, saya dihantar kerana ramai penulis jemputan tidak sanggup mengikuti jelajah ini setelah melihat jadualnya.
Antaranya adalah memasuki rumah-rumah panjang kaum Iban di pedalaman dan menjadi anak angkat kepada mereka.
Saya menyahut cabaran ini kerana ini bukan kali pertama saya ke Sarawak.
“Pa Polah Kitak? Baitkah?”
Semenjak saya belajar di UKM sekitar tahun 90'an, saya telah turun-naik negeri kenyalang bersarang ini kerana program "bakti siswa" serta kerana bekas rakan belajar saya semasa menuntut dahulu berasal dari Sarawak - seorang berasal dari Lundu (sewaktu saya bersekolah di sebuah sekolah asrama) dan seorang lagi berasal dari Sibu (sewaktu menuntut di UKM).
Seterusnya, saya turut pernah ke Sarawak kerana beberapa siri pilihanraya kecil serta baru-baru ini pilihanraya negeri yang dimenangi oleh komponen parti membentuk Barisan Nasional (BN). Sebagai penulis politik, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mencari kebenaran politik negara termasuk di negeri Sarawak.
Maka kawasan seperti Kuching, Lundu, Saratok dan Sibu sudah tidak asing bagi saya.
Pendek kata, sedikit sebanyak saya mengenali "orang Sarawak". Baik yang berbangsa Iban, Melayu, Cina, Melanau mahupun Bidayuh dan lain-lain. Satu ketika dulu, saya mampu bertutur bahasa Sarawak yang 'simple'. Nyaris juga sangkut dengan anak dara Sarawak.
“Aman Kampus Kenyalang - Anak Sarawak Pulang Berbakti”
Kali ini destinasinya adalah negeri burung kenyalang, Sarawak. Demikian itu kembara ini dinamakan "Aman Kampus Kenyalang".
Saya sedar, saya dihantar kerana ramai penulis jemputan tidak sanggup mengikuti jelajah ini setelah melihat jadualnya.
Antaranya adalah memasuki rumah-rumah panjang kaum Iban di pedalaman dan menjadi anak angkat kepada mereka.
Saya menyahut cabaran ini kerana ini bukan kali pertama saya ke Sarawak.
“Pa Polah Kitak? Baitkah?”
Semenjak saya belajar di UKM sekitar tahun 90'an, saya telah turun-naik negeri kenyalang bersarang ini kerana program "bakti siswa" serta kerana bekas rakan belajar saya semasa menuntut dahulu berasal dari Sarawak - seorang berasal dari Lundu (sewaktu saya bersekolah di sebuah sekolah asrama) dan seorang lagi berasal dari Sibu (sewaktu menuntut di UKM).
Seterusnya, saya turut pernah ke Sarawak kerana beberapa siri pilihanraya kecil serta baru-baru ini pilihanraya negeri yang dimenangi oleh komponen parti membentuk Barisan Nasional (BN). Sebagai penulis politik, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mencari kebenaran politik negara termasuk di negeri Sarawak.
Maka kawasan seperti Kuching, Lundu, Saratok dan Sibu sudah tidak asing bagi saya.
Pendek kata, sedikit sebanyak saya mengenali "orang Sarawak". Baik yang berbangsa Iban, Melayu, Cina, Melanau mahupun Bidayuh dan lain-lain. Satu ketika dulu, saya mampu bertutur bahasa Sarawak yang 'simple'. Nyaris juga sangkut dengan anak dara Sarawak.
“Aman Kampus Kenyalang - Anak Sarawak Pulang Berbakti”
Berbalik pada kisah jelajah "Aman Kampus Kenyalang", saya yakin penolakan penulis-penulis lain bertitik-tolak dari jadual yang kami terima.
Dari 11 destinasi yang dijadualkan bagi kembara selama 11 hari ini, hanya 3 destinasi yang tidak perlu dibimbangi oleh 90% peserta Aman Kampus Kenyalang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Ini kerana 3 destinasi tersebut bertempat di kawasan pekan atau bandar seperti Kuching, Seri Aman dan Sibu manakala bakinya adalah penjelajahan ke kawasan pedalaman merangkumi rumah-rumah panjang kaum Iban dan Kedayan.
Rumah panjang - kawasan sering dibayangkan oleh rakyat Malaysia sebagai kawasan mundur dan jauh dari modenisasi.
Penulisan saya ini tidak akan bercerita sekitar pengembaraan Aman Kampus Kenyalang. Jika mahukan cerita-ceriti tersebut, layari sahaja amankampuskenyalang.blogspot.com atau portal amankampus.com. Sebaliknya tulisan ini lebih khusus pada tajuk sebagaimana di atas.
“Menghela nafas politik usang”
Suka ingin saya berterus terang bahawasanya kaum Iban Sarawak selain menganuti fahaman lama, majoriti mereka sebenarnya adalah beragama Kristian.
Memasuki Rumah Panjang (RH) Ngaluang Saratok, RH Gundak & RH Keli Serian serta RH George Pakan akan menyaksikan salib bertaburan tergantung di pintu-pintu bilik dalam rumah-rumah panjang tersebut.
Bukanlah satu yang mengejutkan, majoriti dinding-dinding bilik dalam rumah-rumah panjang tersebut turut dihias dengan gambar atau patung Jesus, anak Tuhan dalam agama Kristian.
Tidak cukup dengan itu, walaupun menganuti agama Kristian, adat fahaman lama mereka tidak ditinggalkan. Mereka masih melakukan upacara-upacara lama seperti "ngajat", "miring" dan "ngaptara".
Ini bererti, adat menghulur dan menerima seterusnya meneguk tuak adalah perkara biasa terutama dalam perayaan-perayaan atau hari kebesaran mereka dikenali sebagai "gawai". Bagi kaum Iban yang moden, air tuak diperbuat dari beras digantikan dengan arak (liquor) seperti vodka dan chivas.
Oh ya! Tidakkah saya bercerita bahawa menternak khinzir di belakang atau bawah rumah panjang adalah perkara biasa? Dan anjing berkeliaran sekitar rumah panjang menjadi teman penghuni rumah tersebut?
Nah! Inilah realiti yang kami peserta Aman Kampus Kenyalang hadapi.
Sebelum lebih panjang saya nukilkan penulisan ini, ingin saya bertanya:
Adakah anda sidang pembaca budiman adalah mereka yang terperangkap dalam kotak fikiran jumud dicipta oleh pemerintah terdahulu?
Bukan menjadi rahsia lagi sistem pemerintahan peninggalan penjajah British amat mudah - memecahkan kelompok masyarakat mengikut kaum, agama dan budaya.
“Pecah Perintah”
Sejarah membuktikan bahawa kaum Melayu diletakkan dalam kawasan perkampungan atau suburban. Manakala kaum Cina diletakkan dalam kawasan pekan atau bandar dan kaum India ditempatkan dalam kawasan ladang.
Rasionalnya mudah - kaum Melayu terkenal dengan sifatnya yang suka berjiran dan berkumpul dalam melaksanakan sesuatu majlis atau keramaian.
Juga merupakan tuntutan agama Islam iaitu agama kaum Melayu yang menyeru agar melakukan ibadah secara jemaah.
Kaum Cina pula walaupun asalnya bekerja di lombong-lombong timah namun sifat mereka yang suka berniaga demi kelangsungan hidup atau survival setelah revolusi China yang membawa kepada penghijrahan besar-besaran rakyatnya, menjadikan mereka suka berhimpun sesama mereka dan seterusnya berniaga.
Pekan-pekan kecil inilah yang didominasi oleh kaum Cina sehingga menjadi bandar besar. Kuala Lumpur serta Ipoh adalah bukti jelas di hadapan kita.
Manakala kaum India, setelah dibawa masuk ke Tanah Melayu tidak mendapat pengkhususan selain ladang. Demikian itu adalah susah untuk kita mendengar perkampungan baru India melainkan kampung baru Melayu dan Cina.
Tidak keterlaluan jika saya katakan di sini, setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan kaum India adalah antara kaum yang gagal dibentuk secara baik oleh pemimpin mereka, atau wakil-wakil pemimpin mereka.
Kejayaan yang dicapai oleh segelintir kaum India hingga mencapai status jutawan seperti Ananda Krishnan dan Tony Fernandez bukanlah kerana sistem yang dikhususkan kepada kaum India sebaliknya atas inisiatif peribadi mereka seperti merapati "right politicians at the right time with a right plan".
Jika diamati antara ketiga-tiga kaum utama Malaysia disebut di atas, maka pentingnya urusan pentadbiran termasuk politik kepada kaum Melayu untuk meneruskan survival mereka kerana acuan yang sudah dibentuk sejak zaman penjajah dahulu manakala kaum Cina selesa dengan urusan perniagaan bagi menyambung survival mereka dan kaum India tetap "struggle" menempatkan komuniti kaumnya dalam lanskap sosio-ekonomi serta politik negara.
Ini dinamakan "pecah perintah" atau "divide and rule". Sistem diguna-pakai terhadap kaum-kaum tertentu yang menghuni Semenanjung Tanah Melayu.
Secara peribadi, saya katakan di sini bahawa ia adalah satu sistem yang kini wajar disimpan dalam muzium atau catatan sejarah.
“Dari Rajah Brooke ke Rajah Taib”
Berbalik kepada Sarawak, jika di Semenanjung Malaysia pecah perintah hanya berlaku kepada 3 kaum terbesar tapi di Sarawak, suku kaum yang ada hampir 40 bilangannya.
Tidak ada satu suku kaum atau etnik yang terlalu dominan dinilai dari peratusannya melainkan mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan Iban (29%) dan Cina (24%) melebihi sedikit dari suku kaum lain seperti Melayu (23%), Bidayuh (8%), Melanau (6%), Bugis, Kadayan, Orang Ulu dan lain-lain.
Manakala dari segi adat dan kepercayaan pula berbeza ketara antara satu kaum dengan yang lain.
Dipendekkan cerita, suku kaum ini tetap terpisah antara satu sama lain terutama dari segi penempatan dan amalan adat resam walaupun setelah bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk negara Malaysia pada tahun 1963.
Namun begitu, sistem "pecah perintah" seperti yang diperkenalkan oleh British di semenanjung tidak berlaku di Sarawak.
Siapa tidak kenal akan James Brooke. Satu-satunya manusia berbangsa Inggeris tercatat dalam sejarah negara memperolehi gelaran "Rajah" atau "Rajah Brooke" setelah Pangeran Muda Hashim dari kerajaan Brunei menyerahkan Sarawak untuk dijaga olehnya.
Brooke dalam lipatan sejarah walaupun menerima Sarawak dengan persetujuan Brunei namun seringkali menerima tentangan-tentangan kecil.
Beliau tidak melawan satu pihak sahaja namun berbagai pihak dari berbagai suku kaum yang mempertahankan "territory" dan lebih dari itu mempertahankan adat, budaya serta fahaman mereka.
Sarawak dalam catatan sejarah juga pernah dijajah oleh Jepun sebelum Jepun kalah dan menyerahkan Sarawak kembali kepada British.
Hanya setelah bersekutu dan membentuk Malaysia, suku-suku kaum ini bertolak-ansur untuk menerima demokrasi yang lebih teratur.
Namun, sehingga kini suku-suku kaum tersebut masih susah untuk benar-benar bergabung jika tidak dikoordinasi dari pihak ketiga, dalam konteks ini, kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan pula tidaklah menjaga Sarawak pada tahap terbaik mereka namun sistem demokrasi yang dibawa oleh Persekutuan memudahkan Sarawak ditadbir terutama menyentuh soal suku kaum yang begitu banyak terdapat di sana.
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengapa secara peribadi menganggap bahawa Sarawak tidaklah dijaga dengan sempurna oleh Persekutuan. Mungkin terdapatnya konflik pentadbiran antara Persekutuan dengan negeri yang tidak memungkinkan Sarawak mengikut 100% kemahuan Persekutuan terutama dari segi pembangunan negeri dan masyarakatnya.
Biarlah perkara ini dikupas oleh penulis bebas anak tempatan Sarawak seperti Athanasius Audie (http://audie61.wordpress.com) dan lain-lain.
Berbalik pada kembara "Aman Kampus Kenyalang", ianya adalah inisiatif Persatuan Alumni Pro Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) dengan kerjasama 19 NGO lain.
Jujur saya katakan, ada sesuatu yang amat bermakna telah dibawa oleh kembara ini apabila menjelajah negeri Sarawak yang berkeluasan 124,450 km persegi. Dengan kepadapatan penduduk sekitar 2.4 juta (2011) dan berbagai latar belakang kaum, adat budaya dan agama.
Saya kira peserta Aman Kampus Kenyalang telah menempuh satu pengembaraan yang sangat mencabar.
“Menghirup nafas politik baru”
Bukankah telah saya nyatakan terdahulu - antara 11 destinasi kembara ini, 8 darinya melibatkan kawasan pedalaman yang dihuni oleh suku kaum terbesar Sarawak iaitu Iban?
Ternyata, dari segi agama dan budaya adat resam - masyarakat Iban masih terikat dengan fahaman lama melibatkan roh nenek moyang mereka.
Tidak dinafikan, penyebaran agama Kristian amat kuat di kawasan pedalaman tersebut namun Aman Kampus Kenyalang yang disertai oleh 90% kaum Melayu beragama Islam tidak menjadikan ia sebagai satu halangan.
Bahkan beberapa perkara seperti faktor sekeliling yang mempertontonkan anjing serta khinzir dibela secara meluas adalah pemandangan yang biasa di sana - dalam konteks ini, Aman Kampus Kenyalang telah menolak perkara sensitif yang sering ditiup hingga sebati kepada masyarakat muslim.
Peserta Aman Kampus Kenyalang adalah anakmuda yang memahami seterusnya membawa mesej Gagasan 1 Malaysia ilham dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Gagasan 1 Malaysia yang dikendung oleh Aman Kampus Kenyalang memecahkan mitos lama teori pengasingan kuasa atau "pecah perintah".
Saya kira, ada juga beberapa peserta Aman Kampus Kenyalang sedikit merungut bila mengetahui ibubapa angkat mereka sedang memasak daging khinzir sewaktu menginap di rumah panjang tersebut. Peserta turut merungut bila diiringi anjing peliharaan keluarga angkat semasa menuju ke sungai untuk mandi atau membersihkan diri.
Namun akhirnya, peserta yang merungut itu setelah saya dekati dan bertanya secara jujur menyatakan bahawa mereka amat menghormati ibubapa atau keluarga angkat mereka yang bertoleransi tinggi bila mengetahui mereka (anak angkat) adalah beragama Islam.
Keluarga angkat mampu berhimpun dan makan bersama anak angkat terdiri dari peserta Aman Kampus Kenyalang walaupun berasingan hidangan. Mereka menghormati anak angkat yang makan menggunakan bungkusan polisterin dan berlainan juadah.
Anak angkat turut sama menyambut perayaan Hari Gawai Dayak dengan mengikuti barisan "ngaptara" mengelilingi rumah panjang sebanyak 7 kali. Menerima serta meneguk air yang dihulur kerana air tersebut bukannya tuak tetapi air berkarbonat bagi menggantikan air tradisi masyarakat Iban.
Ada anak angkat yang "sporting" menarikan berbagai tarian sepanjang malam hingga subuh mengikuti keluarga angkat mereka.
Ibubapa angkat amat bangga dapat menunjukkan adat budaya mereka kepada anak angkat seperti melakukan upacara "miring". Manakala anak angkat pula dapat berkongsi pengalaman budaya mereka sendiri kepada keluarga angkat.
Lebih dari itu, ibubapa angkat menyediakan kawasan untuk anak-anak angkat mereka bersolat bila menginsafi ianya adalah kewajiban anak angkat mereka yang beragama Islam.
Jika ada apa pantang larang yang tidak boleh kita ikuti, hanya perlu menyatakannya secara baik kepada keluarga angkat. Nescaya mereka memahami dan menghormati.
Apa yang jelas di pandangan mata saya walaupun dalam kesempatan masa yang singkat itu adalah toleransi dan budi bahasa tinggi ditunjukkan oleh kedua-dua kaum Iban selaku tuai (tuan) rumah mahu pun peserta Aman Kampus Kenyalang yang mengajak seluruh rakyat negeri Sarawak cintakan keamanan dan membawa gagasan 1 Malaysia ilham YAB Perdana Menteri.
Asal sahaja menolak pemikiran sempit mengaitkan setiap perkara dengan politik dan agama, rakyat Sarawak yng terdiri dari berbilang suku kaum dan etnik, adat budaya dan agama pasti dapat menerimanya.
“Perpaduan tetap senjata ampuh”
Perpaduan inilah yang dimahukan. Integrasi inilah yang dikehendaki. Perkara-perkara inilah yang mesti disempurnakan di Sarawak.
Andai kata Najib Tun Razak bertungkus lumus mahu menyematkan semangat gagasan 1 Malaysia ke setiap sanubari rakyatnya, Datuk Pehin Taib Mahmud perlulah dahulu memikirkan bagaimana mahu menyematkan pemikiran 1 Sarawak tehadap 40 suku kaum atau etnik ini.
Andainya 1 Sarawak dapat dilakukan, nescaya 1 Malaysia gagasan YAB Perdana Menteri akan lebih mudah merentasi batas agama, bangsa dan budaya di Sarawak.
Dan yang terutama, walaupun mempunyai keluasan kawasan melebihi 124 ribu km persegi, ianya bukanlah faktor penghalang kemudahan prasarana seperti jalanraya dilaksanakan demi memastikan gagasan 1 Malaysia termeterialisasi.
Memang benar, ada sesetengah kawasan rumah panjang seperti RH George Chungut dan RH Gundak Ahlens mendapat faedah perkampungan tanpa wayar (wireless) atas ehsan Kementerian Penerangan menerusi peruntukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang memungkinkan akses internet dikecapi terutama oleh anakmuda Iban, namun integrasi perlu juga dilakukan secara fizikal seperti yang dilaksanakan oleh kembara Aman Kampus Kenyalang ini.
Jujur ingin saya katakan bahawa kempen cintakan keamanan menerusi "spirit" 1 Malaysia yang dibawa oleh Aman Kampus Kenyalang di bawah pengerusi bersekutunya, Mohd Shahar Abdullah, walau pun masih terdapat ruang-ruang kelemahan yang harus dibaiki, namun ia adalah satu kejayaan integrasi dan perpaduan menolak politik sempit melibatkan agama, suku kaum atau bangsa, budaya dan adat resam.
Mereka adalah mahasiswa.
Mereka adalah suara anak muda.
Mereka bakal menggalas tanggung jawab mentadbir negara pada masa hadapan.
“Anak Muda Gagasan 1 Malaysia”
Sama ada Shahar Abdullah sedar atau tidak, mereka sebenarnya sedang menolak politik lapuk dan mula menari rentak politik baru.
Baik Shahar Abdullah mahu pun Adam Adli, kedua-duanya telah atau sedang melakukan satu "pembaharuan politik" di kalangan anakmuda mengikut acuan masing-masing - dan ia berlangsung pada waktu YB Dato' Saifuddin Abdullah masih tersekat dalam teori "politik baru" nya.
Perlu diingat, sama ada Saifuddin Abdullah, Shahar Abdullah dan Adam Adli, kesemua gerakan mereka adalah sejajar atau "parallel" dengan usaha transformasi politik (ETP) yang giat diusahakan oleh YAB Perdana Menteri.
Terus terang, ini adalah satu amaran kepada para politikus lama yang masih berpencak silat dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka.
Kepada pasukan kembara Aman Kampus, tahniah di atas inisiatif dan kejayaan kembara "Kenyalang" ini.
Kepada pemerintah negeri Sarawak, selamat menyambut Hari Gawai Dayak - Gayu Guru Gerai Nyamai.
Akhir kalam, terimalah ucapan “Salam 1 Sarawak... 1 Malaysia”. - SUMBER
Baik Shahar Abdullah mahu pun Adam Adli, kedua-duanya telah atau sedang melakukan satu "pembaharuan politik" di kalangan anakmuda mengikut acuan masing-masing - dan ia berlangsung pada waktu YB Dato' Saifuddin Abdullah masih tersekat dalam teori "politik baru" nya.
Perlu diingat, sama ada Saifuddin Abdullah, Shahar Abdullah dan Adam Adli, kesemua gerakan mereka adalah sejajar atau "parallel" dengan usaha transformasi politik (ETP) yang giat diusahakan oleh YAB Perdana Menteri.
Terus terang, ini adalah satu amaran kepada para politikus lama yang masih berpencak silat dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka.
Kepada pasukan kembara Aman Kampus, tahniah di atas inisiatif dan kejayaan kembara "Kenyalang" ini.
Kepada pemerintah negeri Sarawak, selamat menyambut Hari Gawai Dayak - Gayu Guru Gerai Nyamai.
Akhir kalam, terimalah ucapan “Salam 1 Sarawak... 1 Malaysia”. - SUMBER
No comments:
Post a Comment