Saturday, 30 June 2012
@AmanKampus di radio Sabah.FM cc @NajibRazak @shaharabd @tunfaisal #AmanKampusDiBawahBayu #AspirasiMahasiswa
Friday, 29 June 2012
Sidang Media Aman Kampus Di Bawah Bayu
Kota Kinabalu,29 Jun 2012 - Satu sidang media telah diadakan disini bertempat di Bilik Seminar 2,Bangunan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Antara media yang hadir ialah RTM,Berita Harian,Kosmo,Harian Metro,New Sabah Times,Asia Times,Kosmo,Utusan,Utusan Borneo dan See Hua Nang News.
"Press Release"
Aman Kampus Di Bawah Bayu (AKDBB) kali ini meneruskan kesinambungan Aman Kampus fasa kedua dan fasa Kenyalang dimana setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan sebelas daerah di Sarawak telah dijelajahi dengan tujuan menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa Malaysia
Gagasan Aman Kampus diselaraskan gerak kerjanya oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) dan dibantu serta disokong oleh lebih 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Aman Kampus fasa pertama berlangsung selama 14 hari pada Februari lalu,mmebawa mahasiswa dan 19 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mendukung aspirasi gagasan Aman Kampus menjelajah ke 12 buab negeri manakala fasa kedua pula berlangsung selama 2 bulan,iaitu pada bukab Mac dan April yang membawa mahasiswa dan 21 NGO ke universiti-universiti bagi mendekati golongan anak muda Malaysia
Pelbagai jenis program disusun sepanjang perjalanan kedua-dua fasa tersebut.Antaranya Info Siswa,Siswa Prihatin,Siswa Prihatin,Siswa Taqwa,Siswa Cergas,Pentss Anak Muda,Damping Kampus,Siswa Budaya dan Ikon Siswa
Untuk fasa AKDBB yang bertemakan 'Anak Muda Turun Berbakti' membariskan 70 orang mahasiswa dan urusetia dafi sememanjung Malaysia untuk turut bersama 60 penuntut di universiti-universiti sekitar Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS),Universiti Teknologi Mara (UiTM),Kolej Yayasan Sabah (KYS),Politeknik Sabah danlain lain institusi pengajian tinggi menjelajah seluruh Sabah melalui daerah Kota Kinabalu-Beufort-Labuan-Sipitang-Tenom-Keningau-Tawau-Semporna-Sandakan-Ranau-Kota Belud-Tuaran
Turut serta dalam AKDBB adalan NGO-NGO dari Semenanjung Malaysia dan Sabah di daerah- daerah.Perjalanan AKDBB mengambil masa yang bermula 27 Jun hingga 9 Julai 2012.
Antara objektif Aman Kampus Di Bawah Bayu adalah :
1. Memberikan ruang dan peluang kepada anak muda untuk turun berbakti dalam menyuntik kefahaman terhadap kepentingan pendidikan dan kejelasan struktur sosial kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman
2. Memperkasakan budaya kebersamaan dalam menjalinkan semangat muhibah di antara anak muda di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak dalam menyampaikan mutlak 1Malaysia
3. Menyediakan platform kepada anak muda dalam menyelami pemikiran,merasai denyut nadi serta mendengar suara hati mesyarakat yang selalunya mempunyai kepercayaan anak muda mampu bertindak sebagai perantara masyarakat dengan pemimpin negara.
Dalam sidang media ini juga,Pengerusi Gagasan Aman Kampus,Saudara Shahar Abdullah turut mengulas mengenai kelab We Love PM yang baru sahaja dirasmikan pada malam penghargaan Aman Kampus yang berlangsung 3 minggu yang lepas."Setakat ini,kita berjaya mengumpulkan 9500 orang.3286 orang daripadanya mendaftar di Sarawak dan majoritinya daripada kaum Cina.
Thursday, 28 June 2012
Bersama Penolong Pengarah Biro TataNegara Sabah #AmanKampusDiBawahBayu #AspirasiMahasiswa @NajibRazak @TunFaisal
Slot petang ini diserikan dengan kehadiran Penolong Pengarah Biro TataNegara (BTN),Encik Asmarah Bin Rikun.Dalam slot ini,beliau banyak bercerita tentang latar belakang Sabah.
Dalam slot ini juga,beliau turut memberi informasi yang berguna antaranya etnik-etnik di Sabah,adat istiadat serta pelbagai lagi informasi yang berguna untuk dijadikan panduan yang berguna kepada peserta Aman Kampus Di Bawah Bayu yang bakal bertemu dengan masyarakat Sabah sepanjang berlangsungnya jelajah ini.Antara perkara yang ditekankan di dalam slot ini ialah masalah komunikasi yang mungkin akan berlaku semasa bertemu dengan beberapa kelompok masyarakat.
Beliau juga turut memberikan motivasi kepada para peserta serta menceritakan pengalamannya semasa menuntut di menara gading dahulu yang sudah pastinya memberi input yang berguna kepada para peserta.Dalam ucapannya juga,beliau turut memuji para peserta Aman Kampus yang sanggup turun bertemu masyarakat dan mengorbankan masa cuti bagi menjayakan misi Aman Kampus.
Dalam sesi soal jawab,beliau juga banyak menjawab soalan daripada para peserta dan memperbetulkan persepsi yang mungkin bermain di minda para peserta yang belum pernah menjejakkan kaki di negeri Sabah.Rata-rata peserta berpuas hati dengan segala informasi dan persoalan yang telah dijawab oleh En Asmarah dan berharap agar ianya berguna sepanjang jelajah berlangsung.
Petang ini akan berlangsung Info Siswa di Pasar Philipine/Pasar Kraftangan.Anda boleh mengikuti perjalanan jelajah ini di facebook rasmi Aman Kampus serta twitter @AmanKampus dan hashtag #AmanKampusDiBawahBayu bagi mendapatkan informasi mengenai setiap aktiviti yang dijalankan.
Sesi Latihan Dalam Kumpulan @AmanKampus Di Bawah Bayu cc @NajibRazak @AspirasiMahasiswa @TunFaisal
Sesi pemantapan diri perserta Aman Kampus diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka bagi menempuh cabaran serta dugaan yang mungkin bakal ditempuh selama lebih 10 hari di bumi Sabah.
Dalam LDK ini,para peserta dilatih dengan lebih terperinci cara-cara berkomunikasi dengan masyarakat dalam konteks jelajah Aman Kampus.Bagi peserta yang baru menyertai jelajah ini,mereka diajar lagu Aspirasi dan 1Malaysia dengan bantuan para fasilitator serta peserta yang pernah menyertai jelajah sebelum ini.
Disamping itu slot 'ice breaking' juga diselitkan bagi mengukuhkan ukhwah dalam kalangan ahli.Kerjasama yang diberikan adalah sangat baik dan para peserta juga terhibur dengan aktiviti yang dijalankan.Sekian sahaja langsung dari Universiti Malaysia Sabah.Anda juga boleh mengikuti perjalanan jelajah ini di facebook Aman Kampus dan twitter rasmi kami @AmanKampus
@AmanKampus kembali.Kini di Negeri Dibawah Bayu! cc @NajibRazak @KhaledNordin @TunFaisal #AmanKampus
Wednesday, 13 June 2012
Perlukan Pembelaan @NajibRazak
SARAWAK: 150 TAHUN NANTI KEMUDAHAN ASAS @NajibRazak
Haji Sabtu (Ketua Kampung dari tahun 1970-kini) |
Pemikir Politik: Pembangunan masih lagi diperlukan di Sarawak, dan yang paling penting kemudahan asas untuk keselesaan rakyat!!
Monday, 11 June 2012
@AmanKampus: #AmanKampusKenyalang meriahkan Gawai Eve!
'Pengerusi Bersekutu Aman Kampus Kenyalang selesai makan bersama keluarga dan menantikan acara "ngaptara" dijalankan.' |
Logo MINDEF antara logo yang tertera pada banner Aman Kampus Kenyalang sebagai pihak yang bekerjasama dengan Aman Kampus Kenyalang. |
YB Dato Dr Latif, Timb Menteri Pertahanan Malaysia sewaktu di Lapangan Terbang Udara TUDM, Subang. |
Wednesday, 6 June 2012
Khas Dari #AmanKampusKenyalang , Terima Kasih MINDEF!!
Terima Kasih Pahlawan Negara.. |
Perwira negara bersama peserta Aman Kampus bergambar bersama... |
Kerjasama daripada Kementerian ini dijalinkan atas satu matlamat iaitu Cintakan Keamanan..
Semasa kunjungan YAB Perdana Menteri di RP George Chungut untu meraikan Hari Gawai, ATM dan PGAm turut menyumbang bakti menyediakan makanan Halal kepada semua tetamu yang hadir..
Pengerusi Bersekutu Aman Kampus Kenyalang di dalam pesawat tentera yang membawa bekalan berupa baju, buku dan badge untuk diberikan kepada masyarakat Iban sepanjang kembara nanti. |
Logo MINDEF antara logo yang tertera pada banner Aman Kampus Kenyalang sebagai pihak yang bekerjasama dengan Aman Kampus Kenyalang. |