Social Icons

Pages

Saturday 7 July 2012

NEW SABAH TIMES TURUT MELAPORKAN #AMANKAMPUSDIBAWAHBAYU MENDAPAT PERHATIAN PIMPINAN & MASYARAKAT TEMPATAN


AKDB diteruskan bagi selami isi hati masyarakat seluruh negara


OLEH: ROZALIN HASHIM (rozzalin@newsabahtimes.com.my)


SANDAKAN: Aman Kampus Di Bawah Bayu (AKDBB) kali ini meneruskan kesinambungan aman kampus fasa pertama, kedua dan fasa kenyalang di mana setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan sebelah daerah di Sarawak telah dijelajahi dengan tujuan menyelami isi hati masyarakat serta mahasiswa di seluruh negara.


Gagasan aman kampus diselaraskan gerak-kerjanya oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) dan dibantu serta disokong lebih 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).


Aman kampus fasa pertama berlangsung selama 14 hari pada Februari lepas, membawa mahasiswa dan 19 NGO yang mendukung aspirasi gagasan aman kampus menjelajah ke 12 buah negeri, manakala fasa kedua pula berlangsung selama dua bulan iaitu pada Mac dan April yang membawa mahasiswa serta 21 NGO ke universiti-universiti bagi mendekati golongan anak muda.


Pelbagai jenis program disusun sepanjang perjalanan kedua-dua fasa tersebut, antaranya Info Siswa; Siswa Prihatin; Siswa Tawqa; Siswa Cergas; Pentas Anak Muda; Damping Kampus; Siswa Budaya dan Ikon Siswa.


Unutk fasa kali ini iaitu AKDBB yang bertemakan 'Anak Muda Turun Berbakti' membariskan 70 orang mahasiswa dan urusetia dari Semenanjung untuk turut bersama 60 penuntut di universiti-universiti sekitar Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Teknologi Mara (UiTM); Kolej Yayasan Sabah (KYS); Politeknik Sabah dan lain-lain institusi pengajian tinggi menjelajah seluruh negeri melalui daerah Kota Kinabalu-Beaufort-Labuan-Sipitang-Tenom-Keningau-Tawau-Semporna-Sandakan-Ranau-Kota Belud dan Tuaran.


Turut serta dalam AKDBB adalah terdiri daripada NGO-NGO dari Semenanjung dan negeri ini. Perjalanan program tersebut mengambil masa yang bermula 27 Jun hingga 9 Julai ini.


Pada malam Khamis lepas, program menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme ini telah singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Juhar di Taman Mawar yang dihadiri lebih 400 orang pelajar sekitar bandar ini.


Perasmian jelajah aman kampus di bawah bayu itu disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris.


Dalam ucapannya, beliau berkata program seumpama ini memberi maklumat yang berguna kepada pelajar yang mengambil bahagian memandangkan manfaatnya mampu melahirkan pemimpin masa hadapan yang berfikiran terbuka dan mampu meluahkan idea secara kreatif dan inovatif melalui saluran betul.


"Secara jujurnya, saya melihat dengan kehadiran pihak Aman Kampus mampu memberi maklumat yang tepat kepada masyarakat tentang dasar-dasar kerajaan yang dijalankan pada masa sekarang.


"Saya difahamkan Aman Kampus telah menjalankan Info Siswa di sekitar bandar Sandakan untuk menyelami dan memahami permasalahan di kalangan masyarakat daerah ini. Saya berharap segala maklumat yang anda terima disalurkan kepada pihak yang berkenaan supaya sama-sama membantu masyarakat setempat dalam menempuhi kehidupan mereka setiap hari," katanya.


Hadir sama pada program itu, Pengerusi Gagasan Aman Kampus Nasional merangkap Presiden Aspirasi Malaysia, Mohd Shahar Abdullah - New Sabah Times


Hamdan Mohd Salleh, Pengarah Kebangsaan Belia dan Sukan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (NGO-JMM) (bercekak pinggang) bersama peserta-peserta AKDBB bersedia untuk melakukan Info Siswa di sekitar Harbour Square, Sandakan

Ida (bertudung biru) dan rakan-rakan sedang mendapatkan maklum-balas Info Siswa dari penduduk perkampungan air Kg Baru  Gas Karamunting, Sandakan

Satu lagi kumpulan Info Siswa turut mendapatkan maklum-balas penduduk perkampungan air Kg Baru Gas

1 comment: