Social Icons

Pages

Tuesday, 3 July 2012

Menelusuri Labuan-Sipitang-Tenom-Keningau cc @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal @shaharabd

Jelajah Aman Kampus selamat menyelesaikan misi di Labuan 2 yang lalu.Alhamdulillah segala perancangan dan gerak kerja berlangsung dengan lancar.Memandangkan keadaan talian internet yang kurang memuaskan.maka baru hari ni kami sempat untuk mengemaskini blog ini.

Perjalanan kami daripada Kota Kinabalu ke Pekan Menumbok mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.Sesudah sampai ke Pekan Menumbok,kami menaiki feri untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan.seramai 130 orang mahasiswa pelbagai IPT mengikuti jelajah pada kali ini.

Pemandangan dari atas feri

Perjalanan daripada jeti Pekan Menumbok ke jeti Labuan mngambil masa lebih kurang 2 jam.Walaupun temph masa perjalanan yang panjang,namun pemandangan laut yang indah mengamit rasa yang sukar kami gambarkan lebih lebih lagi dalam misi mendekati isi hati masyarakat melalui platform Aman Kampus.Ini merupakan permulaan perjalanan jelajah kerana sebelum ini kami hanya menginap di Universiti Malaysia Sabah dan melakukan persiapan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) sebagai persediaan berdepan dengan masyarakat.Sempat juga bertanya kepada beberapa perserta Aman Kampus yang tentang perasaan mereka apabila pertama kami menyertai jelajah ini.Rata-ratanya memberikan respon bahawa mereka amat teruja dan tertanya-tanya akan apa yang akan berlaku sepanjang jelajah ini.

Info Siswa

Sesampainya di bandar Labuan,para peserta Aman Kampus berhenti untuk berehat,solat dan makan di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan seterusnya melakukan aktiviti Info Siswa bagi menyelami permasalahan masyarakat di Labuan.Gambar diatas adalah foto salah seorang peserta Aman Kampus yang sedang melakukan 'survey' keatas salah seorang masyarakat di Labuan.Antara permasalahan yang diperoleh hasil daripada ini ialah :

Antara permasalahan yang sempat dirakamkan

Aktiviti Info Siswa tamat sekitar jam 3 petang dan kemudian disambung dengan aktiviti Siswa Cergas bersama penduduk Labuan.Aktiviti Siswa Cergas ini menampilkan senamobik : 

Senamrobik sempena Siswa Cergas

Kedatangan kami disambut oleh penduduk bandar Labuan dengan begitu baik sekali.Mereka juga terhibur dengan aktiviti yang disediakan.Sebelum itu juga berlangsung kejohanan ragbi tempatan yang dianjurkan oleh UMNO Labuan dan kedatangan kami sememangnya memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Antara foto menarik yang sempat dirakamkan sekitar bandar Labuan


Ahli Parlimen Labuan Dato' Yusuf Hj Mahal memberikan ucapan

Selesai senamrobik,Pengerusi Gagasan Aman Kampus Nasional,Saudara Shahar Abdullah
ditemuramah oleh RTM untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan Aman Kampus
Di Bawah Bayu

Kami kemudiannya menginap di Pusat Pentadbiran JKKK Kampung Bukit Kuda sebelum bersiap untuk pergi ke Kolej Matrikulasi Labuan untuk program Pentas Anak Muda.Leih kurang jam 6.30 petang,kami bergerak ke Kolej Matrikulasi Labuan.

Hampir 1000 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan turun tanda sokongan

Live band sebelum berlangsung Pentas Anak Muda - mereka berbakat!

Pentas Anak Muda

Kedatangan kami kebetulan bersamaan dengan tarikh pengumuman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Matrik Labuan.Pilihanraya JPP ini adalah menyerupai pilihanraya kampus di setiap IPT.Ini merupakan satu langkah pendemokrasian yang sihat dimana sejak daripada peringkat asasi lagi mereka telah diajar bagaimana mahu memilih pemimpin untuk berjuang bagi hak mereka.Kami juga sempat menemuramah beberapa calon yang memenangi pilihanraya JPP tersebut



Selesai Aman Kampus menjejak kaki ke Matrik Labuan,kami pulang ke penginapan untuk ke destinasi seterusnya esok di Tenom!


Nantikan laporan dari Tenom ya!


No comments:

Post a Comment