Social Icons

Pages

Friday 6 July 2012

#AMANKAMPUSDIBAWAHBAYU, ANGKA 10K & WE LOVE PM @NajibRazak - @501Awani & www.mytawau.com


Aman Kampus Yakin Capai Sasaran 10,000 Responden Dalam Program ‘Aman Kampus Di Bawah Bayu’

TAWAU, 4 Julai (Bernama) — Gagasan Aman Kampus yang kini menjelajahi Sabah melalui program ‘Aman Kampus Di Bawah Bayu’ yakin mampu memperoleh sasaran 10,000 responden dalam usahanya menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa di negeri ini.
Pengerusi Gagasan Aman Kampus, Mohd Shahar Abdullah berkata keyakinan itu berasaskan pada sambutan masyarakat setempat terhadap kunjungan mereka ke beberapa lokasi termasuk daerah Keningau dan Tawau yang begitu menggalakan.
“Setakat ini kira-kira 5,300 responden sudah kami rekodkan selepas tujuh hari jelajah Aman Kampus Di Bawah Bayu. Selepas ini, kami akan ke Semporna, Sandakan, Ranau, Kota Belud dan Tuaran. Kami ada tujuh hari lagi sebelum menamatkan jelajah di Kota Kinabalu.
sumber: mytawau.com



No comments:

Post a Comment