Social Icons

Pages

Friday, 6 July 2012

APA KATA UTUSAN BORNEO TENTANG #AMANKAMPUSDIBAWAHBAYU


Anis Maiya dan Ida memegang akhbar Utusan Borneo yang menulis berkenaa Aman Kampus Di Bawah Bayu


AKDBB selami isi hati masyarakat

Oleh: JOHAN AZIZ/UTUSAN BORNEO (johanaziz54@gmail.com)

Aman Kampus Di Bawah Bayu (AKDBB) kali ini meneruskan kesinambungan program fasa pertama, kedua dan fasa Kenyalang.

Setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan 11 daerah di Sarawak telah dijelajahi dengan tujuan menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa Malaysia.

Gagasan Aman Kampus diselaraskan gerak kerjanya oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) dan dibantu serta disokong oleh lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Aman Kampus fasa pertama berlangsung selama 14 hari pada Februari tahun ini, membawa mahasiswa dan sebanyak 19 NGO yang mendokong aspirasi gagasan Aman Kampus menjelajah ke 12 buah negeri,” kata Presiden Aspirasi yang juga Pengerusi Program, Shahar Abdullah, di Keningau.

Berucap di majlis pelancaran Aman Kampus Di Bawah Bayu yang diadakan di SMK Keningau II baru-baru ini, beliau berkata bagi fasa kedua program ini berlangsung selama dua bulan iaitu Mac dan April yang membawa mahasiswa dan 21 NGO ke universiti-universiti bagi mendekati golongan anak-anak muda Malaysia.

Antara objektif AKDBB adalah memberikan ruang dan peluang kepada anak muda untuk turun berbakti dalam menyuntik kefahaman terhadap kepentingan pendidikan dan kejelasan struktur sosial kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.

Selain itu, tambahnya, memperkasakan budaya kebersamaan dalam menjalin semangat muhibbah di antara anak muda di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dalam mencapai keyakinan mutlak konsep 1Malaysia.

“Ia juga menyediakan platform kepada anak muda dalam menyelami pemikiran, merasai denyut ndi serta mendengar suara hati masyarakat yang selalunya mempunyai kepercayaan anak muda mampu bertindak sebagai perantara masyarakat dengan kepimpinan negara,” katanya.

Shahar berkata, pelbagai jenis program disusun sepanjang perjalanan kedua-dua fasa berkenaan dan antaranya Info Siswa, Siswa Prihatin, Siswa Taqwa, Siswa Cergas, Pentas Anak Muda, Damping Kampus, Siswa Budaya dan Ikon Siswa.

Fasa AKDBB yang bertemakan ‘Anak Muda Turun Berbakti’ membariskan seramai 70 mahasiswa dan urusetia dari Semenanjung Malaysia untuk turut bersama 60 pelajar di universiti-universiti sekitar Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Yayasan Sabah (KYS), Politeknik Sabah dan lain-lain institusi pengajian tinggi.

“Turut serta dalam AKDBB adalah beberapa NGO dari Semenanjung Malaysia dan Sabah dan perjalanan AKDBB mengambil masa yang bermula 27 Jun hingga 9 Julai tahun ini,” katanya.

Shahar berkata, beberapa orang kenamaan dijangka hadir bagi merasmikan proram Aman Kampus ini.

Contohnya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang akan merasmikan program AKDBB peringkat daerah Semporna.

Sementara itu, katanya, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dijangka akan menyempurnakan majlis penutupan yang diadakan di Kota Kinabalu pada 9 Julai di Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Beliau juga berharap agar generasi muda di negeri ini terus mengekalkan keamanan dan kejayaan Sabah diteruskan.

“Bagi pelajar-pelajar sekolah ini, adalah diharapkan agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan untuk berjaya mereka perlu mempunyai kesedaran agar belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Shahar berrkata, para pelajar tidak seharusnya merasa takut kerana masa depan Sabah adalah ditentukan oleh mereka yang juga sebagai pewaris kepada kepimpinan negeri dan negara ini pada masa akan datang.

Katanya, para pelajar harus menyahut cabaran untuk terus cemerlang dalam pembelajaran mereka hingga ke peringkat universiti yang turut menjadi kebanggan kepada masyarakat, guru-guru termasuk pemimpin daerah ini.

“Saya juga amat berharap agar anak-anak muda terus menghormati budaya yang inginkan keamanan dan kedamaian yang terus berkekalan agar negeri Sabah terus mencapai kemajuan yang pesat,” katanya.

Azman yang mewakili Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menyifatkan Keningau adalah syurga bagi negeri Sabah kerana keadaannya yang begitu aman dan rakyatnya yang bersatupadu.

Katanya, Keningau terletak di tengah-tengah negeri Sabah di mana rakyat dari seluruh pelusuk negeri boleh datang kerana perhubungan jalan raya yang begitu mudah dilalui dan baik.

“Orang dari Tawau, Sandakan, Kudat, Kota Kinabalu, Sipitang, Semprna, Lahad Datu dan lain-lain daeah boleh datang ke Keningau dengan menggunakan jalan darat. Apa yang pasti, Keningau adalah merupakan pusat kepada negeri Sabah yang kini pesat membangun dengan masyarakatnya yang terdiri pelbagai etnik, hidup bersatupadu, aman dan sejahtera,” katanya.

Azman yakin sebagai pusat kepada pedalaman, Keningau kini maju begitu pesat standing dengan bandar-bandar besar di negeri ini dengan wujudnya konsep 5P iaitu Pelancongan, Pelaburan, Pertanian, Perniagaan dan Pendidikan yang banyak menyumbang  kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kepada daerah Keningau termasuk daerah Tambunan, Tenom dan Nabaean.

Sementara itu, program hari itu dipenuhi dengan kegembiraan dan keriangan kepada pelajar-pelajar sekolah itu bergabung tenaga dengan rombongan Aman Kampus di mana seramai 130 mahasiswa menyanyikan lagu-lagu patriotik yang dapat menyuntik semangat cintakan bangsa dan negara.

Hadir sama pada majlis itu Pengetua SMK Keningau II, Joanes Onson, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Harry Gitik, kakitangan Aman Kampus, pelajar dan guru-guru sekolah itu.


Pada hari sama, rombongan itu turut melakukan aktiviti khidmat masyarakat di Kg Bayangan sementara pada sebelah malamnya bersama-sama dengan 600 belia pada majlis pertemuan yang diadakan di dewan Pusat Kraftangan Sabah. 



Marceila (tengah) bersama rakan-rakan teruja dengan berita mengenai mereka di Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment