Social Icons

Pages

Wednesday 4 July 2012

INFO SISWA: WE LOVE PM vs PTPTN

Menyebut perihal Aman Kampus, ada satu perkara yang sebati  dengannya... 'INFO SISWA".





Info Siswa "Aman Kampus Di Bawah Bayu" meneruskan tradisinya mengumpulkan maklumat dalam Q &A berkaitan Malaysia dan penerimaan masyarakat tentang 1Malaysia.

Lebih dari itu, Aman Kampus melalui slot Info Siswa juga bergerak mencari ahli bagi KELAB WE LOVE PM yang mendapat sambutan luar jangkaan terutama selepas siri jelajah sebelum ini iaitu "Aman Kampus Kenyalang".

Jika Aman Kampus Kenyalang berjaya mengumpulkan lebih dari 6,000 ahli kelab WE LOVE PM, kami amat berharap Sabah akan mengatasi dari segi bilangannya.





Di dalam sesi Info Siswa kali ini juga memperlihatkan minat mendalam terutama golongan muda tentang PTPTN yang menjadi isu nasional baru-baru ini.

Aman Kampus berusaha menyebarkan sebanyak mungkin maklumat yang berguna kepada masyarakat Sabah terutamanya.

Sewaktu tulisan ini dirakamkan, jemaah Aman Kampus sedang berada di Semporna Sabah bersamaan hari ke-7 dari 15 hari keseluruhan kembara.

Walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat, namun Aman Kampus terus tetap menjalankan tugas yang diberikan dalam segmen Info Siswa ini.






Doakan keselamatan jelajah kami!

catatan: GH / Semporna / 040712 / 1230hrs

No comments:

Post a Comment