Social Icons

Pages

Sunday, 8 July 2012

#AMANKAMPUSDIBAWAHBAYU SETAPAK MAJU MENDEKATI MASYARAKAT


Mahasiswa selami isi hati penduduk

KOTA KINABALU 3 Julai - Seramai 60 penuntut institut pengajian tinggi di sekitar Kota Kinabalu bersama 70 mahasiswa dari Semenanjung menabur bakti dalam program Aman Kampus Di Bawah Bayu.

Program yang akan menjelajah 12 daerah di seluruh Sabah itu bertujuan menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa di negeri ini.

Bermula dari Kota Kinabalu, kumpulan mahasiswa tersebut akan bergerak ke Beaufort, Labuan, Sipitang, Tenom, Keningau, Tawau, Semporna, Sandakan, Ranau, Kota Belud, Tuaran dan kembali semula ke Kota Kinabalu.

Program Aman Kampus Di Bawah Bayu merupakan penganjuran kali keempat program ekspedisi keamanan atau dikenali sebagai Aman Kampus, selepas selesainya fasa pertama dan kedua serta Jelajah Aman Kampus Kenyalang yang berakhir 7 Jun lalu.

Bertemakan Anak Muda Turun Berbakti, program kali ini yang bermula 27 Jun lalu dijangka menamatkan jelajahnya pada 9 Julai ini.

Pengerusi Aman Kampus, Mohd. Shahar Abdullah berkata, program kali ini dilihat mencabar apabila kumpulan tersebut terpaksa menempuhi laluan off road sejauh 254 kilometer ke Tawau.

"Di sinilah kita melihat cabaran kepada mahasiswa untuk menabur bakti kepada masyarakat, terutama dalam menyalurkan maklumat berhubung pendidikan, membetulkan struktur sosial dan memupuk budaya kebersamaan dalam kalangan orang ramai," katanya pada sidang akhbar, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) Sabah, Mohd. Rizal Ramelin.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahar berkata, objektif Aman Kampus Di Bawah Bayu adalah memberi ruang dan peluang kepada anak muda untuk turun padang bagi berbakti kepada masyarakat.

Menurutnya, ia dilihat sebagai platform terbaik untuk mahasiswa menyuntik kefahaman terhadap kepentingan pendidikan kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Selain itu, katanya, program tersebut berperanan memperkasa budaya kebersamaan dalam menjalinkan semangat muhibbah di antara anak muda, sekali gus merealisasikan masyarakat 1Malaysia.

"Program ini turut menjadi landasan kepada anak muda untuk menyelami pemikiran, merasai denyut nadi serta mendengar hati masyarakat dan dalam masa yang sama bertindak menjadi perantara masyarakat dengan pemimpin negara," katanya.

sumber: Utusan Online


No comments:

Post a Comment