Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah menjelaskan bahawa fasa ketiga ini akan melibatkan sebahagian besar bahagian-bahagian dalam negeri Sarawak, iaitu negeri yang terbesar di Malaysia termasuklah Kuching, Saratok, Sarikei, Sibu, Julau, Bintulu, Mas Gading dan Samarahan.
Menggunakan tema “Aman Kampus Kenyalang 2012 – Anak Sarawak Pulang Berbakti”, jelajah kali ini akan melibatkan sebahagian mahasiswa/siswi anak jati Sarawak yang menuntut di universiti-universiti sekitar Semenanjung Malaysia serta Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Mohd Shahar dipetik sebagai berkata bahawa kawasan yang akan dimasuki oleh jemaah kali ini adalah kawasan-kawasan pedalaman yang melibatkan ‘rumah panjang’, iaitu kawasan penempatan terkenal masyarakat pribumi asal.
Berkata sewaktu sidang media yang diadakan di Kompleks Mahasiswa UNIMAS, Mohd Shahar menegaskan konsep yang dibawa oleh jemaah ini tetap sama iaitu ‘mahasiswa cintakan keamanan’ di samping program-program terkenal mereka seperti ‘Ikon Siswa’ dan ‘Bakti Siswa’. Program ini akan berlangsung sepanjang 29hb Mei hingga 7hb Jun depan.
Terdahulu, rombongan jemaah ini telah dilepaskan oleh YB Datuk Dr. Abd Latif bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia di Lapangan Terbang Udara, TUDM Subang - KritisOnline

No comments:
Post a Comment