Social Icons

Pages

Thursday 31 May 2012

Keterujaan Blogger UNIMAS Dengan Kedatangan #AmanKampusKenyalang


Objektif program aman kampus diwujudkan ialah mewujudkan satu jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pemerkasaan anak muda di peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan AntarabangsaIni kerana menurut laporan sinar haruan melalui tajuk berita “Jelahjah Aman Kampus Selamatkan Pemikiran Mahasiswa”

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) akan mengadakan Jelajah Aman Kampus pada Februari tahun depan di 25 institusi pengajian tinggi sebagai langkah pencegahan pemesongan pemikiran mahasiswa di universiti.Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, program itu digerakkan setelah hasil penyelidikan Aspirasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhatian mahasiswa mendapati terdapat ancaman memutarbelitkan pemikiran mahasiswa sedang giat dijalankan.“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa akan depan.

“Pelbagai strategi dokrinasi digunakan untuk mempengaruhi pemikiran golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerap kali dijadikan senjata utama untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti mengganggu tumpuan pengajian mahasiswa di kampus,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman semalam.Shahar berkata, kebencian itu tidak boleh dibiarkan tersemat daripada universiti lagi.
“Program yang bakal dijalankan ini bukan satu tindakan pembetulan tetapi tindakan pencegahan. Kita mahu kampus yang dibina oleh kerajaan dan dibangunkan hasil duit rakyat dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya mereka mempunyai kecemerlangan akademik serta sahsiah diri dapat menjadi generasi muda yang berwibawa.

“Sebagaimana yang dianjurkan dalam pindaan Auku 2009, melibatkan NGO dibenarkan masuk ke dalam universiti, hari ini kita buktikan semangat dan roh pindaan 2009 itu diterjemahkan dalam program Jelajah Aman Kampus 2012. Kita ada NGO, kita ada alumni universiti dan kita ada mahasiswa yang berada di universiti yang sama-sama memastikan jatuh bangun negara pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwandin Hamzah; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Muhamad dan Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia, Mahaganaphaty Dass. Setakat hari ini program Jelajah Aman Kampus itu mendapat sokongan daripada 15 NGO dan lebih 1,000 mahasiswa universiti tempatan. Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.

Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

Menurut Shahar, mahasiswa hari ini perlu ada tiga elemen yang penting, iaitu mahasiswa mesti ada sikap diplomasi, kedua perlu menjadi mahasiswa yang rasional melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa itu sendiri, ketiga sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti. Katanya, jika kesemua elemen itu dipraktikkan, beliau yakin negara akan mendapat pelapis yang berwibawa pada masa depan. - Speaker Unimas

#AmanKampusKenyalang Selamat Tiba Di Sarawak.


Aman Kampus yang diilhamkan oleh Alumni Aspirasi kembali lagi memasuki fasa ke-3 dalam siri jelajahnya.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah menjelaskan bahawa fasa ketiga ini akan melibatkan sebahagian besar bahagian-bahagian dalam negeri Sarawak, iaitu negeri yang terbesar di Malaysia termasuklah Kuching, Saratok, Sarikei, Sibu, Julau, Bintulu, Mas Gading dan Samarahan.

Menggunakan tema “Aman Kampus Kenyalang 2012 – Anak Sarawak Pulang Berbakti”, jelajah kali ini akan melibatkan sebahagian mahasiswa/siswi anak jati Sarawak yang menuntut di universiti-universiti sekitar Semenanjung Malaysia serta Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Mohd Shahar dipetik sebagai berkata bahawa kawasan yang akan dimasuki oleh jemaah kali ini adalah kawasan-kawasan pedalaman yang melibatkan ‘rumah panjang’, iaitu kawasan penempatan terkenal masyarakat pribumi asal.

Berkata sewaktu sidang media yang diadakan di Kompleks Mahasiswa UNIMAS, Mohd Shahar menegaskan konsep yang dibawa oleh jemaah ini tetap sama iaitu ‘mahasiswa cintakan keamanan’ di samping program-program terkenal mereka seperti ‘Ikon Siswa’ dan ‘Bakti Siswa’. Program ini akan berlangsung sepanjang 29hb Mei hingga 7hb Jun depan.

Terdahulu, rombongan jemaah ini telah dilepaskan oleh YB Datuk Dr. Abd Latif bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia di Lapangan Terbang Udara, TUDM Subang - KritisOnline

Ucapan Hari Gawai Khas Daripada @NajibRazak

Berikut adalah ucapan khas yang dipetik dari laman peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak :

We Can Learn From The Sabah And Sarawak Rice Festivals. 
As we approach the end of the month, I would like to give my best wishes to our countrymen from our easternmost states who celebrate the harvest festival. In Sabah, the Kadazandusun and their sub groups culminate their month long celebration of Tadau Kaamatan on the 30th and 31st of May, while the Dayak communities of Sarawak mark the renewal of their rice growing seasons on the 1st and 2nd of June with Gawai Dayak. As a multicultural nation of various ethnicities, I believe that we have much we can learn from our eastern brothers and sisters. 
Before the harvest festivals came into their current state of being, different groups and villages observed harvest rituals at different times of the year, depending on the rice cultivation cycle. In the interests of allowing different ethnic groups and villages to celebrate together, indigenous and community leaders gathered together to agree on a joint date for celebration. 
In Sabah, the harvest event came into its own in 1960, after first being incorporated into the annual Tamu Besar. In Sarawak, discussions between community leaders and the government resulted in the 1st of June being chosen as the official harvest festival. It was the common desire of the various groups in Sabah and Sarawak; from the Murut to the Orang Sungai and the Iban to the Bidayuh, to combine under the festivals of Kaamatan and Gawai that have led to the unity of numerous individual groups. 
As Prime Minister, it touches me to know that Malaysians of the Borneo region can come together in fellowship and celebrate the coming of a new harvest despite the differences faced. I urge Malaysians of different ethinicities, whether Malay, Chinese, Indian or otherwise to learn from our humble brothers and sisters in the east. If we too can learn to accept and celebrate each other despite our differences, our nation can move forward with the united purpose of growing and prospering in peace and harmony. 
To all Malaysians celebrating these festivals, Happy Celebrating Kaamatan Festival, kotobian tadau tagazo do Kaamatan and Happy Celebrating Gawai, gayu guru gerai nyamai. 
 

@chedetcc Turut Bekerjasama Untuk #AmanKampusKenyalang .. Terima Kasih!!






Menyedari hakikat bahawa Jelajah Aman Kampus ini penting bagi menyelami jiwa anak-anak muda dan menilai maklumbalas masyarakat , Kelab Chedet sekali lagi menyertai Aman Kampus Kenyalang 2012 di Sarawak selepas terlibat secara aktif dalam Fasa 1 & Fasa 2 Aman Kampus seluruh negara sebelum ini. 

Untuk kali ini, Kelab Chedet disertai Naib Presiden, En. Najieb Mokhtar, Pen S/U, Afiq Aziz dan AJK, Adam Mukriz. 

Berikut adalah mesej dari Presiden Kelab Chedet, saudara Bentayan kepada mereka yang terlibat. 

"On behalf of exco & kcd members, I'd like to wish all the best & gudluck to Najib, Afiq & Adam for being selected as part of Jelajah Aman Kampus Kenyalang's secretariat. Hope u'all can maintain the standard shown in the previous 2 phases. I always believe in KCD we've something that others don't. That's make us different & special ;).. Keep up the good work guys! Bon Voyage!" 

Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012 akan berlangsung selama 11 Hari di 11 lokasi dengan 80 peserta dari Semenanjung Malaysia dan 70 orang anak Sarawak. - Minda Hijrah